Saturday, 27 October 2012
MARI BERPANTUN 2
Mari berpantun
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.
Hitam-hitam sitampuk manggis,
Walaupun hitam ku pandang manis.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh hendak lagi.
Buah selasih di atas beranda,
Sentiasa kasih ayah dan bonda.
Suka duka kenalah sabar,
Makanlah bila terasa lapar.
Pantun ' Sungai Kita"
Sungai Kita
Mari Berpantun
Singgah di kedai bersama Amar,
Jagalah sungai jangan tercemar.
Subur bercambah daun semalu,
Kutip sampah janganlah malu.
Tanam sireh waktu petang,
Sungai bersih cantik dipandang.
Tumbuh di sawah pohon ara,
Sungai indah hati gembira.
Di celah batu ikan kelisa,
Bantu membantu hati gembira.
LATIHAN 1
Bahasa Malaysia
Tahun 1
Nama _________________________
Tahun 1 ________________ Tarikh : ________________
Lengkapkan pantun dua kerat di bawah.
1. Asam jawa di dalam gulai,
_______________________.
2. Pulau Langkawi simpan rahsia,
_______________________.
3. Pisang emas di dalam peti,
_______________________.
4. Orang berbudi kita berbahasa,
_______________________.
Hayati amalan Satu Malaysia
Asas membaca cepat pandai
Orang memberi kita merasa
Ibu dan bapa mesti dihormati
Wednesday, 24 October 2012
AKTIVITI DI KELAS
MAKSUD DIDIK HIBUR
Monday, 8 October 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)