Lengkapkan pantun 4 kerat
Dalam semak ada duri,
Ayam kuning membuat __________;
Orang tamak selalu _____________,
Macam anjing dengan bayang-bayang.
( rugi , sarang )
Rumah guru menyambut ____________,
Ramai kenalan sanak saudara;
Tuntutlah ilmu janganlah jemu,
Buat bekalan di hari ______________.
( tamu , tua )
Cahaya redup menyegar padi,
Ayam berkokok mengirai __________;
Jikalau hidup tidak ___________,
Umpama pokok tidak berbuah.
( berbudi , tuah )
Pulau Bentan Pulau Daik,
Mercu bertaut nampak berkilau;
kalau asal benih yang __________,
Jatuh ke laut menjadi __________.
( baik , pulau )
Pisang emas jangan ___________,
Bawa sebiji ke _____________;
Hujan emas di negeri orang,
Tidak sama negeri sendiri.
( Inderagiri , ditebang )
Wednesday, 21 November 2012
Sunday, 18 November 2012
Mari bercerita : Putih Sayang Ibu
Putih ialah anak arnab. Putih tinggal dengan ibunya di dalam taman. Setap hari Putih mengikut ibunya mencari makanan. Putih dan ibunya suka makan daun kangkung.
Pada suatu hari, semasa sedang berjaan mencari makanan ibunya terpijak duri. " Aduh, sakitnya kaki ibu!" kata ibu Putih kesakitan. "Kenapa ibu?' tanya Putih. "Kaki ibu terpijak duri," jawab ibu Putih. Putih berkata, "Ibu duduk di sini, biar Putih tengok duri di kaki ibu." 'Baiklah Putih," jawab ibunya.
Putih dapati ada duri di tapak kaki ibunya. Putih pun mencabut duri dari tapak kaki ibu. Putih menggunakan giginya untuk mencabut duri itu. Duri itu tidak keluar. Putih mencuba lagi. Putih menggunakan kedua-dua tangannya untuk mencabut duri itu. Duri itu keluar. Darah juga keluar dari tapak kaki ibunya. Putih segera mengesat darah di kaki ibunya. "Sakitkah ibu?" tanya Putih kepada ibunya. " Sakit, tapi tidak kuat sangat," jawab ibu Putih. Putih berkata kepada ibunya, "Ibu berehat di sini. Putih akan carikan daun kangkung untuk ibu."
Putih pergi mencari daun kangkung. Kemudian dia kembali membawakan daun kangkung untuk ibunya. Ibu putih makan daun kangkung itu. "Terima kasih Putih kerana menolong ibu," kata ibu Putih. Putih gembira kerana ibunya tidak sakit lagi. Putih juga gembira kerana dapat menolong ibunya.

Subscribe to:
Posts (Atom)